.:DIMANA BUMI DIPIJAK, DISITU LANGIT DINJUNJUNG:.

Posted by ethnic relation On Friday, September 24, 2010 1 comments


Telefon, telefon berbunyi,
Telefon, kami datang,
Ada haiwan dalam bahaya,
Ada haiwan dalam bahaya,
Ada haiwan dalam bahaya di sana...

“Wonderpet, Wonderpet,
Kami datang,
"Apa yang penting? Kerjasama!"


ERKKK???.... x sedap? INI BUKAN NYANYIAN, TETAPI TULISAN..

Binatang pn pndai nk bekerjasama.. Susah ke kite ni ek? Nk beKERJA SAMA.. ape yg penting? KERJASAMA! (dhhh.. x sedapppp...)

BEKERJASAMA DAN BERSATU PADU.. rasenye, mcm x susah... (nape ade rase... lau letak gula, manis la.. letak perisa aiskrim paddlepop pn mcm bes jgk)
Yelah.. x pasti sbb x taw nk ckap da camne.. banyak sgt da.. gado sane, sini gado, sane serang, sini serang,.. sesama sendiri pulak tu.. rasuah disana sini.. rompak, culik, bakar smpai jd adik beradik pak abu... curi selipar jepun depan masjid... aiyyaaa... wa manyak sediy ooo... cakap nak membangun.. cakap nk maju...


contoh 1:
PAK yusuf tayub: PAK MANA, i DENGAR ADE ORG CITE u G SKODENG ANAK DARE ORG OOOO...

PAK manawe: IYEEE KEE?? DEMO BIA BETOL NI... AKU X PUAS ATI NI.. MANE ADE skodeng PN.. INTAI SIKIT2 JE, MATE MASUK HABUK, KENA LA CUCIII.. SIAPEKAH GERANGAN ORG ITU WAHAI TUAN HAMBA ABDI yussoff thaiyubb...

PAK yusuf tayub: ALA u NI PAK manawe, BETOL LA i CKAP NI.. i PENAH TIPU u KE?? SI PAK mat temper TU HA..

PAK manawe: LEK2 DER, GUA GURAU JE.. APE LAGI, JOMMM SERANGG.... desa kita perlu dijagaa... SEDIAKAN SENAPANG GAJAH.. KEPALA SESEORANG AKAN AKU SEKEH....


contoh 2:

PARTI TU KATE NI, PARTI KATE TU... yang kat blakang2 cucuk angin.. dalam kepala, GADOH LA.. AKU X KESAH.. KESAH AKU, MUNGKIN NEGARA INI, DAPAT KAT AKU... (maaff libatkan politikkk!!.. ambo x wat dohhh pahni.. serikkk dohh~)

contoh 3:
"AWK NK BYAR RM300 KE, NK BG HADIAH(KIRE MMBER2) KT SAYE RM50 jeeee?" KATE "PAK MISAI" KEPADA ORG YANG TGH CUAK ITU

contoh 4:
dan lain2 lagi... (kehabisan contoh... +_+)


haaaaaaaaa...........


Memang tidak dapat dinafikan, dari satu sudut, kerjasama akan jadi menyusahkan seandainya dilaksanakan tanpa disiplin teamwork dari semua ahli kumpulan. dah tu, same la ngan negara kita ni pn.. tanpa displin dari semua rakyat, kita x kan maju.. tanpa kerjasama dari semua rakyat, kita x kan maju.. kite nk compare dari negara barat.. cakap je kagum.. "wahhhh... sangat stylo kat sane tu, nk pegi duk sane lah.." dah?? x nk wat MALAYSIA OH TANAH AIRKU MCAM TU JUGAK?? KAMON, mari.. KITA BEKERJA SAMA, BERSATU.. untuk negara kita yang terchenta ini...

P/S: SENYUM2LAH AHAI CEMEKMOLEKKK... HUHU








DASAR EKONOMI BARU

Posted by ethnic relation On 0 comments

Latarbelakang


Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.



Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.



Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan.




Rasional

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:



Kaum Kadar Kemiskinan ( % ) Pendapatan Purata Keluarga Sebulan ( RM )
Malayu 64.8 172.00
Cina 26.0 392.00
India 39.2 304.00
Lain-lain 44.8 813.00





Pemilikan Jumlah Pemilikan %
( RM Juta )
1. Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah 279.6 4.3
a) Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6
b) Agensi Amanah 110.9 1.7
2. Bukan Bumiputera 2233.2 34.0
3. Warganegara Asing 4051.3 61.7

Jumlah : 6564.1 100.0

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:




Sektor-sektor Melayu Cina India Lain-lain
1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0
2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7
3. Perniagaan/Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan kemudahan awam 42.6 45.5 10.7 1.2







Objektif

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.



Strategi Pelaksanaan

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:


i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.




ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.






Membasmi kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:


i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.



ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.


iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.



iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah.



v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.


vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.


vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.



viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.







Penyusunan Semula Masyarakat
Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.


Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :


i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.



ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.





iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.




iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.






v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Penutup

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.



p/s: mcm encik kita katakan la.. kahwin campur leh setelkan masalah ini..

OH AHMOI CHANTEK, DATANG LAH PADAKU.. =)


Rukun Negara Malaysia,
* BELIEVE IN GOD
* LOYALTY TO KING AND COUNTRY
* SUPREMACY OF THE CONSTITUTION
* RULE OF LAW
* COURTESY AND MORALITY
----------------------------------------

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

----------------------------------------
anyone who profit and loss?

Because the event May 13, 1969 was the victory of the opposition march. Supporters of the opposition (Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), the Democratic Action Party (DAP) and People's Progressive Party (PPP) has been cursed and insulted the Malays during a march in the streets in Kuala Lumpur.

On Tuesday 13 May, Tech Chye Yeoh as presiden of Gerakan apologize for extreme detachment of its members to barbarity during the parade. Yeoh won big in the area of Bukit Bintang, Kuala Lumpur. But the apology was too late.

".... One of which is through the propaganda. Second, the U.S. would divide the country by people in the country before the attacks as those on Iraq and Afghanistan. Iranian Americans smell, so they banned the party and bringing Western-style Iranian American superpower on par ISLAM! "
Fidel Castro

Therefore, let us unite all Malaysians and cooperate for the sake of our children and grandchildren will.

semua pasal benda yang dinamakan 'duit'

Posted by ethnic relation On Wednesday, September 22, 2010 0 comments


Cakap pasal duit ni memang takkan habis kan?tapi duit ni semua kadang-kadang tu menjadi punca dalam satu permasalahan.


Memang tak dinafikan yang manusia sekarang ni memang perlukan duit dalam kehidupan

harian. Nak beli makanan pun kena guna duit kan kecuali la orang yang suka minta sedekah

ataupun belas kasihan kat orang lain.


Dengan duit ni juga menjadikan seseorang tu dapat tunaikan impiannya.Nak beli rumah

besar,nak beli keta mewah,nak beli semua yang diingini dalam hidup ni.

Kalau boleh tu semua nak belikan.Nasib baik la kasih sayang tak boleh dibeli dengan duit kan?


Macam mana pun,duit ni kadang-kadang dilihat telah menjadi punca segalanya.Banyak juga

kes-kes pergaduhan,pembunhan serta perselisihan paham berpunca daripada duit.Aku sendiri

pernah lalui dan alami peristiwa pasal duit yang telah membuatkan hubungan persahabatan tu

menjadi regang.


Duit juga telah menyebabkan seseorang tu menolak nilai persahabatan yang telah dibina

untuk sekian lama.Nilai persahabatan yang sebelum agak rapat terus menjadi rapuh disebabkan

dengan duit.

Perjanjian yang telah diambil pun telah dimungkir disebabkan duit.Mungkin manusia ni

susah sangat nak mencapai kepuasan dalam hidup sendiri.
Bukan nak cakap kat sini yang duit tu tak penting tapi kalau nilai persahabatan serta

perjanjian tu pun sanggup diketepikan,memang dah nampak sangat yang duit ni pun kadang-

kadang menjadi punca segalanya.


Tak tau la manusia sekarang ni nak hidup semewah mana.Benda yang aku nampak pasal

duit yang boleh menyebabkan nilai persahabatan tu putus atau regang mungkin lebih berat

dalam urusan bisnes.Ada aku pernah lihat dimana sebuah kedai makan tu tutup disebabkan

oleh duit. Dengar cerita pasal perkongsian keuntungan.Yang lebih menghairankan kedai makan

tu diuruskan oleh adik-beradik.Perhubungan adik-beradik pun menjadi regang juga disebabkan

duit ni.Ni apatah lagi jika dibandingkan dengan nilai persahabatan.


Tak terkejut sangat dah sekarang ni jika lihat banyak masalah tu berpunca daripada

duit.Memang dah jelas sangat yang manusia ni akan jadi tak pandai menilai erti persahabatan

jika sudah banyak dapat duit.Pernah juga bisnes yang aku ada tu musnah macam tu saja

disebabkan pasal duit.Kepercayaan kepada kawan sendiri yang telah aku amanahkan untuk

mengurus bisnes telah musnah apabila semua perjanjian dimungkiri.Mungkin dia nak sangat

duit banyak dalam hidup dia kan.Memang duit sekarang ni boleh sebabkan nilai persahabatan

tu musnah kan. Kena la sentiasa puas hati dengan apa yang ada dalam hidup ni.Tak payah la

semangat sangat nak cari duit yang banyak sehingga kan sanggup menolak erti persahabatan

ketepi.


Benda yang aku kongsi ni untuk kita sama-sama pikirkan.Duit tu memang satu benda

yang diperlukan tapi kena la jaga nilai persahabatan juga kan.Jika ada duit yang lebih-lebih tu

baik la bagi sedekah kepada golongan yang memerlukan.Baru la dapat pahala dan keberkatan

sikit dalam hidup ni.

Multicultural Festival In Malaysia

Posted by ethnic relation On Saturday, August 21, 2010 0 comments

Celebration is an activity that is celebrated by a community or race....Normally, a festival that is


celebrated by a community or nation is to commemorate important events that have occurred at a time.....

Beside that, the festival will be celebrated on the religion practiced.....

Religious Feast Day

Islam

Christians

Jews


Buddha


China


Hindu


Other


Feast Day Non-Religious



P/S: Hari Raya Aidilfitri will appears soon.. here we want to show little about the Hari Raya

HARI RAYA AIDILFITRI
-Celebrated by Muslims
-Marked the end of Ramadan
-Also known as Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitr
-Decorating the house, visiting family and friends, lighted lamp, back to village.
-Baju Melayu is the Malay traditional costume worn by Malay on Eid.

and, Salam Aidilfitri To All Muslim...

Kaum - Kaum Di Malaysia

Posted by ethnic relation On 0 comments




MALAYSIA merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.

Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad.

Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).

Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.

Kita Pecahkan Berdasarkan Kaum2 Yg Terdapat Di Malaysia:

Orang Melayu

Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian Piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu

Orang Cina

Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..

Orang India

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

Baba dan Nyonya

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.

Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".

Suku Kadazandusun

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan

Suku Bajau

Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara.

Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat.

Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.

Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah.

Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.

Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama.

Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli).[perlu rujukan]

Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.

Suku Murut

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.

Suku Momogun Rungus

Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.

Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau.

Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 20% adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira-kira 1% Momogun Rungus yang beragama Islam hasil perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat nenek moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.

Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk kata "momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS".

AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk kepada "boleh". Manakala "gama" bermakna "lakukan", "buat" atau "amalkan".

LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas "Labus" yang bermakna "keluar".

Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus".

Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.

Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari rumpun Dayak Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa mereka juga mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun.

Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di dunia.

Suku Tidong

Suku kaum ini banyak terdapat di sabah, terutamanya di tawau.

Suku Tombonuo

Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.

Suku Iban

Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.

Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.

Antara Suku-Suku Lain: Suku Brunei,Suku Kedayan, Suku Bagahak, Suku Lundayeh


There are several point that explain the basic concept of ethnic relations.
  • Assimilation
  • Accommodation
  • Segregation
  • Enculturation
  • Stereotype
  • Prejudice
  • Racism
  • Pluralism
  • Ethnocentrism
  • Nation
  • Discrimination
  • Acculturation